CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 11, 2009

Kehidupan Universiti

Kehidupan manusia kadangkala sangat mencabar apatah lagi sekiranya seseorang itu mentah di dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Pengkhianatan seorang kawan, putus cinta, masalah di dalam pelajaran dan lain-lain lagi membuatkan seseorang individu tersebut tertanya-tanya adakah kehidupan di bumi ini penuh dengan penipuan dan kekejaman. Mungkin ianya terpulang kepada pandangan peribadi masing-masing…

Cerita diriku bermula di sebuah Universiti yang agak terkenal di utara Semenanjung Malaysia. Aku merupakan pelajar semester tiga yang sedang belajar di dalam bidang pengurusan pejabat. Namaku yang diberi adalah Mohd Shazwan dan pada tahun ini diriku sudah genap berusia 20 tahun. Pada hari pertama permulaan pelajaran, tatkala sedang berjalan berdekatan dengan bilik kuliahku pada awal pagi tersebut. Aku disapa oleh seseorang. “Assalamulaikum Wan, lama kita tidak jumpa ek?,” sapa seorang kawan yang bernama Firdaus. “Eh, Kau rupanya Aus, hehehe.. walaikumsalam,” balas diriku. Kemudian kami berjalan bersama-sama menuju ke bilik kuliah sambil berborak-borak mengenai kehidupan sewaktu cuti semester sebelum memasuki bilik kuliah.

“Saya harap kamu semua sudah jelas apa yang perlu kamu buat selepas ini dan saya mengucapkan tahniah kerana masuk kepada semester tiga,” kata Pensyarah Encik Airil. Selepas itu, semua pelajar di dalam kuliah menyahut, “Baik encik!”. Selepas itu, aku pun mula mengemas barang dan mula ingin meninggalkan bilik kuliah. Tiba-tiba, diriku terpandang kelibat seseorang yang sangat aku kenali. Dia merupakan kekasih hatiku pada semester dua, senyumannya yang manis itu sentiasa membuatkan hati kecilku girang. “Ai, mengelamun dari tadi? Kenapa awak?,” tanya Aziah padaku sambil memandangku. “Ehem, takder apa-apa… Saja jer tadi memikir tentang sesuatu.. Awak dah makan?” tanya diriku. “Urm.. Belum lagi.. lagipun tengah tunggu awak la dari tadi” balas Aziah. Kemudian aku mengeleng kepala lalu berkata, “Jom, saya teman awak pergi makan”. Kemudian aku dan dia pun mula pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan kawasan kuliah aku. Aku berbual-bual dan bertanya perihal diri dia sewaktu cuti sambil menikmati makanan. Aku berasa tenang bila berjumpa dengan si dia apatah lagi kami telah tidak berjumpa hampir sebulan lebih kerana diriku yang berasal dari Selatan tanah air dan dia pula berasal dari Utara tanah air.

Setelah aku menghantar dia pulang ke kolej kediamannya, aku mula beransur pergi untuk kembali ke kolej aku pula. Namun ketika dalam perjalanan pulang ke bilik, aku berfikir adakah percintaan ini akan kekal? Atau ianya hanya sementara sahaja? Adakah kebahagiaan ini akan kekal selamanya atau ianya hanya sekadar sementara.. Aku teringat tentang perbualan antara sahabat baikku yang sekarang berada di salah satu Universiti di Selatan tanah air. “Jika kebahaagian ini mempunyai bentuk, apakah bentuk yang sesuai untuknya?” tanya diriku kepada Hafiz pada waktu itu. Lalu dia menjawab “Mungkin ianya di dalam bentuk segelas kaca kerana walau macam manapun kita memutarkannya kebahagiaan yang kita rasai itu tetap sama, tidak akan berubah malah ianya berkilau dengan cantik sekali.” Kemudian kami bergelak ketawa bersama-sama. Kata-kata tersebut sentiasa terngiang-ngiang di telingaku.

Secara tiba-tiba, aku disergah oleh seseorang yakni kawan sebilikku. “Woi, watper tu? Mimpi ker apa? Lagipun Ko nak pergi mana?,” tanya Shafik ketika dia melihat kelibatku yang seakan tidak perasan kewujudannya walaupun aku lalu disebelahnya sahaja. Aku menjawab ringkas sahaja, “Hehehe.. minta maaf sangat, tak perasan tadi“. Kemudian dia bertanya lagi, “Ko nak pergi mana tu?”. Aku menjawab, “Nak pergi balik bilik la… Nanti jumpa kat bilik tau!”. Kemudian aku memulakan langkah kembali pergi menuju ke kolej kediaman aku sambil Shafik melihat aku berlalu pergi. Setelah kembali ke bilik, aku mula merebahkan diri ke atas katilku sambil menyelak-nyelak buku teks pelajaranku dan cuba mengingati apa yang aku pelajari sewaktu di dalam bilik kuliah. Tidak sampai sejam aku mengamati dan membaca, aku mula merasa mengantuk lalu tertidur akibat keletihan. Mungkin kerana melihat waktu sudah hampir Magrib, rakan sebiliku Hafiz mengejutkan aku dan menyuruh aku pergi mandi lalu bersiap diri untuk mengadap Tuhan yang Maha Esa. Aku dengan pantas terus mengambil alatan mandian aku lalu terus menuju ke bilik air untuk mandi. Bila tiba masanya azan berkumadang, aku mula menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.

Bersambung akan datang.......

0 comments: